5 May 2009

Diambil dari blog Dairi Idah@Wirdatul

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya:

Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang Meminta…
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf.

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga? Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna. Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab “aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yg sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”..

5 comments:

  1. Allah Maha Besar mudahan perniaga Muslim tergolong dalam perniaga seperti ini ya Allah.........

    ReplyDelete
  2. Kan saya dah kata ingat bujang ni takde pinggan mangkukke bawah meja makanje khazanah tu semua...Macam-macam ada tunggula....
    itu baru permulaan tu hehehe.......Jangan marah ha nanti kena jual. Kwang kwang kwang....

    ReplyDelete
  3. Alhamdhulillah...
    Ya Allah..jauhkanlah kami peniaga2 dari mengambil untung yg berlebihan....

    ReplyDelete
  4. Agak2 kalau umo dah macam akak...dah boleh bukak muzium ek...hehehhe

    Peminat Allahyarham P.Ramlee rupanya..hehehh

    ReplyDelete
  5. oh nak buat muzium ya saya nak buat gedung amacam? hohoho.....
    P Ramlee dulu, kini dan selamanya seni yang mendidik jiwa bangsa kental jatidiri mempunyai nilai dalam karya seni...

    ReplyDelete

ping