5 May 2015

Corelle Wildflower

As salaam..
Sebelum KY bercerita apa apa pasal pinggan mangkok jenama Corelle dan Corningware ini..KY terlebih dulu nak mengucapkan ribuan terimakasih kepada rakan peminat pinggan mangkok jenama Corelle juga yang telah hampir merealisasikan impian dan minat KY terhadap koleksi jenama Corelle dan Corningware corak Wildflower ini.

Pertamakali KY nampak corelle corak wildflower pada tahun awal 80an..semasa tu KY beraya kerumah seorang kenalan dan menghidang makanan mengunakan pinggan corak ini. KY rasa tertarik dan merasa sangat cantik dan berkenan, terus tanpa rasa malu KY bertanya di manakah beliau membeli pinggan itu. Bila beliau kata.. dia membelinya semasa tinggal di luar negara, lalu KY pun padamkan saja niat ingin memiliki set pinggan mangkok tersebut. mana mungkin KY boleh memilikinya..tak mungkin KY akan keluar negara membelinya. Usah kata nak dapat..bayang pun tak mungkin dapat dan KY melupakan saja  keinginan KY untuk memilikinya..
Sebelum itu KY sudah memiliki set corelle green bloosom dan SOL yang KY beli/kirim dari sepupu KY yang belajar diluar negara. Bila corak wildflower keluar masa itu sepupu KY dah balik ke Malaysia. kalau tidak..mungkin KY sudah memiliki corak wildflower lama dah..ermmm ;)
Selepas itu KY mula mengumpul pelbagai corak pinggan Corelle yang di jual di Langkawi.

 
 Bagaimana KY mula mengumpul corak wildflower pulak?
kisahnya.. sejak pandai berintenet dan terjebak dalam group peminat corelle..KY rajin juga menjelajah. Taip saja apa yang kita nak semua keluar.Tak tahan perasaan KY tengok set lengkap corelle wildflower. terus teruja semula ingin memilikinya..tapi kan tersangat mahal lah!
kata orang kalau dah minatkan! maka KY pun teroderlah juga seketul mangkok empatsegi bujur!
amik kau! tak mampu nak cerita harganya!
tapi masih mampu membelinya..heheh

Pastu nampak rakan jual seketul mangkok..oder lagi..bagi puas hati! hahaha 
terimakasih koleksi abah :)

 Nampak pulak rakan jual set cawan..oder lagi.yang pasti harga lebih berbaloi untuk di miliki. terimakasih Mai Corelle :)

 Baru2 ini sembang dengan rakan maya peminat corelle juga..minta tolong beliau oderkan teko untuk KY. Alhamdhulillah..sampai dengan selamatnya.
terimakasih Adline :)
untuk mencukupkan set..KY perlukan 6 dinner plates/6 luncion plates, 6 side plates dan beberapa bijik mangkok corning lagi..hihi
hingga berjumpa dilain entry.. pasal wildflower lagi..
InsyaAllah..

6 comments:

  1. Sama2 Kak Yon, semarak koleksi WF akak bestnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kita sembang lagi ye Adlin ;)
      tqsm lin.

      Delete
  2. cantikk kak wildflower tu..teko tu sangat nostalgia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat nostalgia..susah nak dapatkan..kalau ada pun mahal sangat..

      Delete
  3. saya ada gak corelle ni tapi sejemput je kak...dapat hadiah mase kawen dulu pastu ada saya tambah skit2 mase di langkawi...pakai harian je suka sebab ringgan

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun guna harian..senang nak handle kan..

      Delete

ping