17 Mar 2010

alas meja bulat

Salam dan selamat sejahtera.
Alas meja bulat ini kakyon jahit semalam.bahagian atasnya aje..bodynya tak siap lagi.Sebenarnya alas meja ni..atas pertanyaan OGY DCA bulan puasa dulu.Baru sekarang berkesempatan nak menjahitnya utk pakai sendiri dan jadi contoh kepada teman-teman yg nak membuatnya sendiri ataupun nak tempah.Sekitar tahun 80an, alas meja ni popular sangat dan kakyon dapat banyak tempahan.
Bila tengok alas meja ni teringat seorang jiran/kawan lama,masa tu tinggal kat Subang Jaya, MARIA ( MEM nama gelaran ) anak Dato' Izzat Emir dan kakak iparnya yang paling banyak buat tempahan untuk di jual.Sekarang kami dah terputus hubungan.
Berbalik pasal alas meja ni..maklumlah dah lama tak membuatnya..banyak kesilapan/lupa pun ye..heheh.bilah dah siap..baru ingat kat mana silapnya.akan di perbaiki lagi..


6 comments:

  1. salam kak,
    mmg betul kak,masa tu yah dpt banyak tempahan,yah amik gak tempahan tu,masa tu sarung bahgian bawahnya plain dan ropol2nya bunga2 dan bahgian atasnya bunga2 kecik..itu antara yg populorkan,bila tgk akak punyer ni teringat zaman tu,he3..cam teringin nak buat balik lak..

    ReplyDelete
  2. w'salam yah,
    Haah lah yah..masa tu tak menang tangan.yah pun sama ek..
    Buatlah yah..kita hidupkan suasana era tahun 80an.tapi waktu tu hiasanya frame gambar kecik2..

    ReplyDelete
  3. salam kak yon
    ini era 80han..sangat populur dengan meja bulat langsir ropol2..time raya semua rumah mesti ada..meja bulat tu saya ada lg 2bj kak..nak buang sayang tapi alasnya dh tukar fesyen..

    ReplyDelete
  4. w'slm yah,
    haah kak pun sama.satu taman langsir ropol2.
    Akak siap jual ngan meja sekali.mejanya kak tempah kat org lain.

    ReplyDelete
  5. Anonymous2/11/10 17:32

    Salam...nak tanya sikit

    alas meja separa bulat ada x?
    kalau ada boleh email kat

    azlina.i.baharum@my.pwc.com

    ReplyDelete
  6. W'slm..insyaallah..kalau ada ukuran , akak boleh buat.

    ReplyDelete