2 Jun 2011

pelita moden

Salam..
Kalau dulu orang mengunakan pelita untuk menerangkan suasana malam yang gelap. Tapi zaman sekarang pelita hanya sebagai hiasan saja. Lilin pulak menjadi kemestian berada di dalam rumah kerana keperluannya bila tetiba rumah menjadi gelap apabila bekalan elektrik terputus. Lilin-lilin pulak telah diubah bentuknya menjadi lebih cantik..bukan saja untuk di bakar apabila perlu..tapi dijadikan sebagai hiasan. Peminat english deco pula gemar menghias lilin dengan hiasan yang cantik-cantik mengikut kreativiti memasing.

Kini..pengunaan lilin di modenkan lagi. Ianya tidak perlu di bakar..dengan memetik suis saja..lilin terus menyala..tidak perlu bersusah payah mencari mancis atau pemetik api. Lilin pula diletakkan dirumah yang di reka khas untuknya. Beruntunglah lilin moden.. tidak perlu lagi membakar diri untuk menerangi orang lain..malah di tempatkan lagi diistana milik sendiri..


No comments:

Post a Comment

ping