8 Nov 2012

pencinta corelle part 2

Assalaam..

akk nak sambung semula menepek gambar koleksi corelle akk. tertangguh lama sangat dah. kebizian yang teramatlah sangat..sampai rindu sangat nak berblog...huhu

 koleksi corelle plum dinner set ini masih belum lengkap lagi sebenarnya. permulaannya akk membeli set yang basic saja..yang mengandungi 4 biji pinggan makan..4 biji mangkok..4 biji cawan n piring dan 4 biji piring menghidang. 20pcs  dinner set.

akk menambah lagi dengan membeli secara berdikit2 semasa bercuti kelangkawi. setakat ini  akk dah menambah lagi 2 biji pinggan makan, 2 biji mangkok, 4 biji mangkok empat segi, 2 biji piring menghidang, 2 biji piring bujur dan 1 biji piring empat segi panjang. akk gunakan set ini sekali sekala sebagai basahan harian..

kisahnya.. kenapa akk begitu banyak membuat koleksi..akk ni kan kerap berpindah rumah. di katakan bila kita berpindah rumah baru ..barang baru yang di kira wajib beli ialah pinggan mangkok. di katakan ianya membawa maksud akan mendapat limpahan rezeki yg banyak di rumah baru nanti. ini cuma pahaman saja. tak perlulah terikut2. tapi..kalau mampu apa salahnya membeli yang baru kan? rezeki murah ke.. tidakke.. hanya Allah yang menentukannya..
corelle plum dinner set akk beli semasa akk berpindah rumah di Sunway Kayangan. bila berpindah kerumah baru akk di Desa Alam akk membeli pula set yang ada di sini..



ada lagi set bunga apa ye.. tak ingat. yang ini akk dapat secara percuma dengan menebus mata ganjaran dari BHp petrol beberapa tahun dulu.set ini akk gunakan sebagai bahasan harian. teringin nak menambah koleksi lagi..tapi tak nampak ada dijual dilangkawi ke tidak.



jumpa lagi dengan pyrex corelle Spice O' Life di n3 akan datang dan jangan ler bosan baca celoteh akk ni ye! daaaa! :)


No comments:

Post a Comment

ping