9 Oct 2013

aroma terapi hasil dari tanaman sendiri

As-salam..
akk rasa seronok menghias dan mengharumkan rumah dengan hasil tanaman sendiri. tak perlu bersusah payah membazir wang ringgit dengan membeli haruman yang di jual di kedai hiasan. cukuplah dengan haruman tumbuhan yang ada di sekelilng rumah atau yang di tanam di halaman rumah. Bahan asasnya ialah daun pandan, boleh di campurkan dengan bahan2 haruman lain..

daun pandan yang di racik bersama bunga kenanga, hurmmmm.. harumnya..sangat lembut baunya..sesuai sangat di letakkan di bilik tidur..

 daun pandan bersama kelopak rose kampung..bukan saja harum, tapi cantik juga sebagai hiasan di atas meja. Untuk haruman yang maximum..campuran hendaklah di letakkan di dalam bekas yang leper supaya haruman boleh tersebar di udara. akk letakkan  dalam balang ini untuk nampak cantik sebagai hiasan meja..

 

2 comments:

  1. Dengar cerita pun dah dapat imagine haruman dalam rumah Kak Yon... so creative! :D

    ReplyDelete