1 May 2014

Kenangan Bersama Majalah Impiana

Teringat masa muda2 dulu..setiap kali akak membeli majalah hiasan dalaman, akak selalu berangan angan.. seronoknya kalau boleh memiliki sebuah rumah yang boleh dihias sesuka hati dan memasang jmpian untuk di siarkan dalam majalah. masa itu akak teringin sekali ada kenangan bersama majalah impiana..
Angan angan dan impian akak akhirnya hampir menjadi kenyataan.. bila suatu hari akak mendapat panggilan talipon dari majalah dapor impiana yang mereka berminat untuk merakam gambar dapur rumah akak sebagai mengisi slot ruangan dapor majalah mereka.
bagai mengantok di sorongkan bantal lah akak kerana bakal mencipta kenangan bersama majalah impiana..
asalnya team majalah dapor impiana datang untuk mengambil gambar untuk slot ruangan DIY saja.tapi bila mereka nampak dapur akak, mereka terus meminta izin untuk mengambil gambar dapur akak bagi mengisi slot ruangan dapur majalah mereka pada keesokannya pula..
bayangkan dalam masa sehari..tak sempat untuk akak bersedia dan berhias rumah semahu hati akak bagi merialisasikan impian akak. tambahan pula thema sambutan hari raya yang mereka mahukan membuatkan akak rela hati merebus nasi himpit, memasak rendang ayam dan memasak sambal kacang. hari rayalah katakan!
jadi apa yang terakam dalam gambar itu nanti itulah realitinya..tak sempat nak tokok tambah..hehe









10 comments:

  1. terbaik.. cantik lah dapur akk ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih..ala biasa2 saje :)

      Delete
  2. cantik dapur kak yun . mesti kak yun kreatif menghias.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih..sebenarnya akak belum layak lagi nk terima pujian. cara akak menghias pun ikut ringan tangan jer mana nak letak..;)

      Delete
  3. Tahniah...kerana ada daya usaha untuk menambah baik decor kediaman....
    Tak cuba tak tahu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih bunda.decor yg seadanya saja..

      Delete
  4. tahniah kakyon! memang cantik deko dapur ni. selayaknya untuk majalah. :)

    ReplyDelete

ping