24 Nov 2014

ole-ole dari jiranku

As salam..
Sepertimana KY berminat memgumpul pinggan mangkok corelle, minat KY mengumpul fridge magnet pun susah nak berhenti. Sudah hampir penuh ruangan papan megnet yang berukuran lebih kurang 30 x 30 inchi ini..
Baru-baru ini jiran KY ada memberitahu yang beliau akan ke German, ada lawatan kerja di sana..katanya..
Sambil bergurau..KY ada berpesan, nak kirim belikan sedikit barangan di sana..
Nampak sedikit terkejut, lantas beliau bertanya..nak kirim apa ye ?
Akak nak kirim belikan fridge magnet..:)

 Sekembalinya dari sana beliau terus memberikan fridge magnet yang dibelikanya pada KY.
Tapi KY dah termalulah pulak.. kerana beliau tidak mahu menerima bayaran..
" ambillah..ole-ole dari sana "..katanya 
KY dah termalu-malu gitu..KY ambil  dan selepas mengucapkan terimakasih, KY pun berlalu..huhuh
inilah ole-ole dari jiranku..
*-*



4 comments:

ping