27 Jun 2014

Ikea Ada Sale..

As salam..
Semalam petang ke Ikea..kekonon mencari day curtain untuk raya. sayangnya tak banyak pilihan. Ikea kan tengah buat pengubah suaian perimisnya secara besaran. mungkin belum banyak barangan nya di bawa masuk..
akak terbeli pulak satu barang. ah! biasalah.. kalau ke Ikea.. semua barang yang nmpak berkenan n cantik terus beli. lain yang nak di beli lain pulak yang di rembat.. bila dah beli tak sesuai pulak, nasib baik boleh dipulangkan...huhu

awal pagi akak dah menapak ke Ikea, kalau boleh buka pintu terus masuk, nak cepat cepat buat urusan, ada banyak kerja lain nak di buat. Minggu tidak menjaga cucu ni akak bizi di luar rumah pulak, mengalahkan orang berkerja..hehe


tetiba rasa nak tukar baju baru pada kerusi ni. warna dah lah lusuh ke memang aku suka wana cengitu  bertambah usang dan lusuh di mamah hari, bulan dan tahun..
Dah di beli baru perasan warna hampir sama dengan yak lama. cuma cerah sikit jer..
akak suka fabric untuk sarung kusen kosong tanpa corak, kerana senang nak sesuaikan dengan kusen yang bermacam corak..tidak lah nampak serabut..

entah apa lah nak di buat dgn strow kaler2 ni.sbb murah akak beli. tapi..boleh juga guna bila buat besday cucu nanti..

sesuatu yang menarik akak jumpa. papan magnetik ada di jual di Ikea. pengemar koleksi fridge magnet mesti sukakannya. lepas ni tak payah nak susun fridge megnet kat peti ais. di katakan..fridge magnet yang di susun pada petiais boleh merosakkan makanan yang di simpan didalamnya...
saja akak display atas kabinet. tempat tetap untuk dia belum tahu nak gantung kat mana. dinding sempit dah..

 fridge megnet tu akak saja beli lebih semasa keMaldives tempohari..
kalau berkenan watsap lah akak. harga memang mahal sikit, tapi nak buat camne kalau nak berkenan.
harga dlm dollar..kalau nak dharap jer dgn RM semasa masa tu. harga jatuh pada RM19.00 satu.  akak tak ambil untung pun.. kos postage..paham sendiri udah ler..heheh




No comments:

Post a Comment

ping