23 Jul 2014

testing untuk sambutan hari raya

 Assalaam.. 
sambutan hari raya kali ini akak cuba hendak menukar thema warna ruang makan dirumah akak. ingatkan dengan perabut dan kabinet warna putih senang hendak sesuaikan dengan semua warna..tapi agak susah juga sebenarnya..
pada mulanya akak nak jadikan ruang makan ni bertemakan warna hijau, tapi rasanya macam tak naik serinya pulak..seolah nampak pucat jer.memandangkan kebanyakkan barang perhiasan di ruang makan ini berwarna pink jadi akak menukar alas meja makan kepada warna pink seakan merah..

testing untuk sambutan hari raya ..
placemate gambar cupcake..akak beli RM10 sekeping. alas meja makan corak gingam..tertulis pada lebel untuk meja yang muat 8 kerusi..tapi bila akak cuba, muat untuk meja 6 kerusi saja. harga RM49.90 sahaja.

 placemate corak lavender..akak beli RM7 sehelai.olih kerana tak jadi nak berthemakan warna hijau..maka akak letakkan ia sebagai lapik susunan pinggan mangkok hiasan diatas kabinet dapur kering rumah akak..

ini takde kene mengena..saje akak tepek..hehe

Psst..kalau ada sesiapa berminat dengan placemate tu bolehlah sms/wassap akak ye...selagi stok di kedai tu masih ada..

1 comment:

  1. Salam kak...placemate cup cake tu ade lagi x....

    ReplyDelete

ping