8 Aug 2014

fridge magnets berumah baru lagi..

Assalaam..
fridge magnet akak dapat rumah baru lagi..
semalam akak berkemas lagi. masa nak raya tempoh hari tak berkesempatan nak berkemas sepenuhnya di sebabkan akak tak berapa sihat. kebetulan pula minggu ini akak tidak menjaga cucu..jadi adalah sedikit masa terluang untuk melayan hobi akak.

koleksi fridge magnet akak yang seciput di sini telah bertambah. semua fridge magnet yang ada dalam simpanan untuk jualan, semuanya akak telah keluarkan dari stock.
nampak gayanya akak dah tutup kedai..heheh

susah juga nak mencari tempat untuk display FM ni. memandangkan semua dinding dapur rumah akak dah penuh dengan hiasan..akak mencari2 tempat dan sudut yang sesuai untuknya diruang dapur. takkan nak letak FM kat ruang tamu dan bilik pulakkan? macam lari dari konsep jer!
tetiba akak dapat idea..

 asalnya..ini tempat memasak dapur kering. bila jarang di guna akak jadikan  tempat display pinggan mangkok. sebelumnya ada cookerhood pada dinding  kabinet atas tu. selepas akak keluarkan cookerhood itu,  akak gantikan dengan 2 keping magnetik board yang akak beli di Ikea pada dinding yg kosong tu..
 
sebelumnya akak hanya meletakkan sekeping magnetik board saja. memandangkan FM bertambah ramai akak menambah sekeping lagi supaya FM akak tu tak bersesak sesak  sampai tak cukup nak bernafas..hehe

 kedudukan cookerhood sebelumnya. nak memasang punyalah susah..nak meruntuhkan tak sampai 10 minits pun. abaikan gambar adik n anak buah akak tu ye.ini satu2nya gambar kedudukan  cookerhood itu..

...so..jadilah macam nie. bertambah meriah perkampungan FM akak. kut siapa2 yang sudi nak menderma memeriahkan perkampungan FM akak ni.. silakanlah ye! :-)

2 comments:

ping