15 Aug 2014

gaya hiasan rumah akak..

Assalaam..
selepas cerita pasal FM akak dapat rumah baru.. akak nak share deco raya rumah akak pulak. bukan berniat nak menunjuk nunjuk..tapi akak suka nak berkongsi minat dan idea bersama penerjah blog akak ini..hehe
 mencari idea bagaimana nak bagi seisi rumah duduk dalam keadaan selesa adalah sesuatu yang sangat memeningkan juga..
boleh saja beli/letak dimana mana kerusi, meja, almari,tv, atau hiasan lain dalam rumah, tapi fungsi sesebuah perabut atau hiasan tu kena di ambil kira juga dengan penghuninya..
akak sukakan gaya hiasan yang nampak memang pun santai. gaya begini membuatkan penghuni rumah suka duduk melepak di rumah dan rasa tenang..
Di ruang tamu..akak telah mencuba pelbagai jenis set kerusi..bermula dari set kerusi kayu getah,rotan, jenis iron, kayu jati dan sofa dari jenama mahal.. semuanya akak rasa tidak selesa dan tidak menepati citarasa akak..
* jenama mahal tidak semestinya memenuhi kepuasan citarasa kita..kekadang yang murah itulah yang terbaik menjadi pilihan kita..
akak lebih suka meletakkan sofa di ruang tamu..kerana cucu akak dah ramai. bila sesekali mereka datang berkumpul di situlah mereka bermain sambil bergurau. kalau akak meletakkan kerusi jenis kayu..mesti salah seorang ada yang benjol kepalanya..
akak juga suka sofa yang boleh di basuh sarungnya. senang nak diuruskan bila dah kotor..lagi pun bila2 masa akak boleh menukar sarungnya mengikut tema semasa dan mudah di sesuaikan dengan sebarang hiasan terutama kusyen kecil sebagai penyeri. dengan cara ini akak tidak perlu hendak menukar set kerusi selalu dan semestinya ia kelihatan sentiasa baru..
akak juga suka memilih sarung kusyen yang polos  warnanya, kerana mudah untuk di suaipadankan dengan kusyen kecil yang sememangnya berwarni warni.. 

deco raya tahun ini akak cuba menghias  rumah akak..gaya ala ala country cottage gitu..
tapi berthemakan corak gingham. rasanya macam tak berapa nak menjadilah..hahah
takpe..pelan pelan belajar/buat sampai menjadi ehh..














4 comments:

  1. Nampak ringkas, tetapi tetap cantik! Yg penting kemas.. Saya suka! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Zefa, terimakasih juga sudi singgah..:-)

      Delete
  2. Alahaiii...comelnya. Rajin...kalau rumah Aina haihhh kejap je dah bersepah2 balik.

    ReplyDelete

ping