11 Sept 2014

Mangkok Pyrex Spring Blossom Green

Assalaam..
Bertemu semula kali ini dalam lebel koleksi sendiri :-)
Lama dah nak updet stori ni..
 tapi baru petang ini berkesempatan mengupdetnya..
kisahnya.. lama sangat akak mengidam hendakkan mangkok pyrex spring blossom ini untuk di padankan dengan koleksi pinggan corelle spring blossom juga..

rajin juga akak mengintip di alam maya dan juga mengintai di alam nyata,  kut2 ada lah sesiapa yang hendak meletgo mangkok2 tersebut, tapi nampaknya akak hampa..
sehinggalah pada satu hari akak terpandang rakan FB akak sedang mengiklankan mangkok pyrex spring blossom di wallnya.
malangnya..kecewa sungguh hati  akak, kerana terlambat sedikit..mangkok pyrex spring blossom yang akak idamkan telah di pinang orang terlebih dulu...huhu

tapikan kalau sudah jodoh dan ketentuannya..apa juga halangan yang mendatang..akan tetap bersama juga..hehe 
beberapa bulan selepas itu..sekali lagi rakan FB akak mengiklankan
mangkok pyrex spring blossom.
apa lagi..
akak menambah lagi 3 biji mangkok pyrex spring blossom..
tidaklah mampu untuk akak mendustai nikmat yang Allah berikan ini..
ada stori lagi di sini..





 koleksi yang akak ada. masih belum lengkap lagi.
koleksi ini sudah di kira antik..kerana akak mula membelinya di awal tahun 70an..



 ..mengidam untuk melengkapkan koleksi seperti dalam gambar yang akak cedok dari cik google ni..

kreatifnya minah saleh ni.tak ler termampu akak nak membuatnya..

6 comments:

  1. hijaunya tu memang memikat kak yon

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk jer mata memandangkan..itulah tarikan mangkok pyrex ni..

      Delete
  2. comelnya...cantik sangat warna hijau ni..

    ReplyDelete
  3. cute collection. nona pun suka antik2.. =)

    singgah sini

    ReplyDelete

ping