18 Jun 2015

spring blossom, wildflower dan country festival

Assalaam..
Entry cerita Corelle, CorningWare dan Pyrex lagi..
Biasanya bila kita seorang sahaja yang memiliki atau mengumpul sesuatu benda..kita rasa biasa-biasa sahaja dan menganggap itu adalah minat kita dan kita pun tidak mahu berkongsi cerita dengan siapa-siapa..
Semenjak menjoinkan diri ke dalam group peminat Corelle, CorningWare dan Pyrex keterujaan menambah koleksi  amat membuak-buak dan merasa seronok berkongsi cerita dengan rakan-rakan maya yang mempunyai minat yang sama..
..dan bukan berniat hendak menunjuk-nunjuk..
Baru- baru ini...taklah baru sangat..KY berjaya menambah koleksi Corelle,CorningWare  dan Pyrex lagi.
Pertamanya..KY telah membeli mangkok Pyrex hijau plain dari seller dimaya. Mangkok Pyrex ini boleh KY jadikan sebagai punch bowl, bergandingan pula dengan set cawan Corelle Spring Blossom Green. Muat-muat boleh gantung 6 biji cawan dan sudah tentulah boleh di hidang buat tetamu seramai 6 orang..


Kod 475B...2 1/2 qt

Melalui ebay KY membida.. dan berjaya menambah 2 buah mangkok comel ini. Pyrex
Spring Blossom Green tanpa penutup. Suka sangat rasanya  dapat memiliki mangkok pyrex idaman ini. Maka dengan ini lengkaplah sudah set pinggan mangkok pyrex dan corelle spring blossom green..

Kod 471B..500ml dan Kod 472B 750ml..

Melalui Esty pula KY berjaya mendapatkan 6 biji pinggan makan corelle corak Wildflower dan melalui Weshop.my KY dapat membeli sebiji CorningWare corak Wildflower. Tapi sayangnya KY merasa kurang berpuas hati kerana penutupnya telah sumpik sedikit dan nasib baik KY masih ada simpan penutup SOL yang badannya sudah hancur berderai. bolehlah KY mengantikannya dengan penutup tersebut..



  Melalui seller rakan maya juga KY berjaya mendapatkan 6 biji pinggan hidang corelle corak Wildflower bersama set cawan dan piring sekali. Jadi hampir lengkaplah koleksi set corak Wildflower KY..



hahaha...dek terpegun dengan keunikan teko-teko pyrex yang di kongsi olih rakan maya dalam group..KY pun terberkenan dengan teko Pyrex corak Country Festival ini. Cantik kelihatannya bila dipamerkan di atas rak yang dulunya di penuhi dengan barang hiasan english decor.KY dapatkannya di Esty juga..


rasa-rasa macam nak menanbah corak lain pula..

No comments:

Post a Comment

ping