1 Apr 2011

bye..bye.. myhomedecor..rak part 1


Salam pagi jumaat yang membawa rahmat..
Antara koleksi kesayangan akak terutamanya rak dinding. rak ini menjadi perhatian ( bukan hiasannya ye ) bila ada tetamu yang berkunjung. Tetamu selalu bertanya..di mana beli..berapa harga..dan ada yang jadikan contoh untuk ditempah di kedai perabut.




Rak ini akak beli awal tahun 2000 disebuah gerai diluar giant supermarket shah alam..dari seorang penjual barangan kraft dari kayu. Bila akak nampak saja rak ini, akak terus membelinya tanpa tawar menawar kerana dah berkenan. Masa itu akak tak kenal lagi apa itu english deco. Tapi.. apa juga barangan yang berkaitan dengan rupa bentuk hiasan ke arah itu..akak pasti berkenan dan membelinya. Lagi pun tinggal sebiji saja. Akak ada menempah rak lain dan juga rak yang sama untuk di jual..tapi sayangnya bila akak berkunjung semula kesitu..penjual sudah tutup kedai dan tidak dapat di hubungi. Kalau tidak..akak dah jadi kayo..dengan menjual rak saja.. kerana permintaan tinggi masa tu....hehe


Tengok balik gambar ini..terasa rindu pulak dengan gaya hiasan di rumah lama..huhuhhu
abaikan orang2 tu ye..fokus kat rak saje..heheh

No comments:

Post a Comment

ping