Showing posts with label yon's decor. Show all posts
Showing posts with label yon's decor. Show all posts

10 Apr 2015

Shopping FM di Eroupe

As salaam..
kemana pun kita pergi melancung *kepada yang berminat mengumpul Fridge magnet* pasti membeli sekeping dua fridge magnet sebagai ole-ole untuk diri sendiri atau pun buat rakan-rakan dan famili kan..
dan itulah juga barang yang di pesan kawan-kawan sebab senang di bawa dah tidaklah membebankan.
nak kirim belikan benda lain nanti bermasaalah pulak..maklum melibatkan kos dan handling. orang yang di kirimkan pun berat hati jer nak menerima apa yang nak di kirim..huhuhu

 



lepas belek-belek FM akak tu.. kalau ada yang terbekenan silalah pm ke.. wassap ke.. ke kakyon 0122117464. manalah tahu masa tanya tu..tetiba akak nak lepaskan FM tu.. :)


8 Mar 2015

Shopping Pinggan Hiasan di Europe

As salam
Selain barang keperluan peribadi yang KY beli semasa bercuti ke Eroupe beberapa minggu lepas, KY juga menambah koleksi pinggan hiasan di rumah. dah namanya minat hiasan gaya Inggeriskan..tak sah kalau takde pinggan pinggan hiasankan..

Mehlah layan gambar-gambar pinggan hiasan KY..


Saja Kakyon beli extra satu yang kecil tu. kalau berminat bolehlah wassap kakyon  0122117464

Semasa di Paris tidak pula terjumpa pinggan hiasan dia..




 pinggan hiasan dari Istanbol dan pinggan hiasan dari Bali nak juga menumpang entry disini..hihhi
   



 Ashtray dari tin dan mini dulang milamine ni comel sangat. mini dulang tu..selain boleh buat menghidang minuman untuk seorang..sesuai juga di buat hiasan dinding. camna kakyon lekatkan di dinding tu?
sudah tentulah kakyon gunakan  blu tack!
berminat nak beli blu tack..wassap kakyon.. 0122117464




27 Feb 2015

Shopping di Europe

As Salam..
Saja nak bagi tajuk gempak sikit ;)
Selama ini KY berangan-angan bila melihat kawan-kawan yang melancung keluar negara terutamanya ke London. Tidak pernah pula terfikir KY akan dapat kesana dalam tempoh waktu terdekat ini. Bukan sahaja keLondon, package pelancungan yang KY pilih juga membawa KY ke Amsterdam dan Paris. Mungkin ada antara pengunjung blog KY ni dah biasa dengan negara tersebut, apa yang nak di herankan..tapi bagi KY itulah satu-satunya masa percutian yang sangat berharga dan bermakna
Apa pun semuanya perancangan Allah jua..Alhamdhulillah..
Apa yang menarik di sana?
lain orang lain ceritanya..
Di London toksah cakaplah..semuanya branded. Tak termampu weii !!
Setakat beli sebuah beg tangan yang murah-murah..boleh lagi. Lain-lain tu kena check poket dululah bang!!..huhu
Seronoknya diParis. Adalah juga barang-barang yang mampu dimiliki..hehe
Seronok ke factory outlet. Kebanyakkan barangannya hanya mampu di lihat saja..haha
KY kan suka dengan barang-barang deko..jadi KY nak share kat sini barang yang mampu di beli..bukan niat nak menunjuk ye..:)

  sebiji kusyen dan set of 3 tea towels dari M&S home

KY pun suka bentuk love. apa-apa yg berbentuk love pasti KY ingin memilikinya..

 Barangan kelengkapan dapur dari Cath Kidston. Sebenarnya di Malaysia pun ada jual semua benda-benda ini..tapi sajalah kan..nak buat ole-ole dari sana.. 

 
wangian mini kusyen

apron.warna biru nampak cantik..

set mandian..
dan sudah tentulah fridge magnet. nanti KY updet gambar Fridge magnet kemudian.
sekian untuk hari ini..baiiii

20 Oct 2014

salt & peper

As salam..
KY sedang mengumpul bekas salt & peper yang comel-comel nie. Baru ada beberapa bekas saja yang KY letakkan  diatas microwave buat pameran. KY sukakanya kerana ada unsur humor dan kasih sayang pada reka bentuknya..
terbaru KY beli bekas salt & peper ni di Turkey semasa bercuti disana baru-baru ini..

 koleksi terbaru..

 yang ini berzaman dah..

 ...sayangi AKU..hehe

...rose..oh rose..
 ..domoknya kamu..hihi

 ..yang ini sebenarnya ada dua biji telor. ada kisah disebalik telor tu kenapa tinggal sebiji..hihi
kisahnya..kawasan perumah KY ni ada banyak monyet berkeliaran. selalu merayau keliling kawasan perumahan mencari makanan. kekadang masuk rumah mencuri roti, buah dan apa saja yang boleh di makan. suatu hari KY terlupa nak tutup pintu belakang. tetiba KY terdengar bunyi benda terhempas. bila KY pandang ternampak monyet tu mengamok kerana tiada makanan yang boleh dimakan..lalu diambilnya dua-dua bekas salt & peper yang disangka telor.. bila dia rasa tertipu, lalu di hempasnya telor yang sebiji ..sib baik tak di hempasnya yang lagi sebiji tu..huhu

20 Sept 2014

frame ala-ala country cottage

Assalaam..
Sulaman cross stitch yang KY oder dari Neeza n Stitch sudah sampai..
tak sabar nak bubuh dalam frame yang sedia menanti yang KY beli di Ikea masa shopping bulan ramadhan lepas.
...kan KY ada kata nak decorate rumah KY ni ala-ala country cottage gituu..
Jadi KY mencari idea nak jadikan frame gambar yang ala-ala country cottage..

Cantik hasil kerja tangan Neeza, bersih dan kemas, KY sangat berpuas hati..:)

..bila KY buka bungkusan letakkan CC diatas meja yang beralaskan kain corak gingham ni, nampak pulak terserlah gabungan warna merah dan putih. Nampak berseri..

 ..KY mengacu frame keatas kain tersebut..kekonon corak gingham tersebut nak dijadikan background frame CC itu..


..KY mengacu juga di atas background asal frame tersebut, tapi nampak biasa-biasa saja..
agak- agakkan..yang mana pilihan kawan-kawan bila berada disituasi macam akak ni..
boleh bantu.. :=)

15 Aug 2014

gaya hiasan rumah akak..

Assalaam..
selepas cerita pasal FM akak dapat rumah baru.. akak nak share deco raya rumah akak pulak. bukan berniat nak menunjuk nunjuk..tapi akak suka nak berkongsi minat dan idea bersama penerjah blog akak ini..hehe
 mencari idea bagaimana nak bagi seisi rumah duduk dalam keadaan selesa adalah sesuatu yang sangat memeningkan juga..
boleh saja beli/letak dimana mana kerusi, meja, almari,tv, atau hiasan lain dalam rumah, tapi fungsi sesebuah perabut atau hiasan tu kena di ambil kira juga dengan penghuninya..
akak sukakan gaya hiasan yang nampak memang pun santai. gaya begini membuatkan penghuni rumah suka duduk melepak di rumah dan rasa tenang..
Di ruang tamu..akak telah mencuba pelbagai jenis set kerusi..bermula dari set kerusi kayu getah,rotan, jenis iron, kayu jati dan sofa dari jenama mahal.. semuanya akak rasa tidak selesa dan tidak menepati citarasa akak..
* jenama mahal tidak semestinya memenuhi kepuasan citarasa kita..kekadang yang murah itulah yang terbaik menjadi pilihan kita..
akak lebih suka meletakkan sofa di ruang tamu..kerana cucu akak dah ramai. bila sesekali mereka datang berkumpul di situlah mereka bermain sambil bergurau. kalau akak meletakkan kerusi jenis kayu..mesti salah seorang ada yang benjol kepalanya..
akak juga suka sofa yang boleh di basuh sarungnya. senang nak diuruskan bila dah kotor..lagi pun bila2 masa akak boleh menukar sarungnya mengikut tema semasa dan mudah di sesuaikan dengan sebarang hiasan terutama kusyen kecil sebagai penyeri. dengan cara ini akak tidak perlu hendak menukar set kerusi selalu dan semestinya ia kelihatan sentiasa baru..
akak juga suka memilih sarung kusyen yang polos  warnanya, kerana mudah untuk di suaipadankan dengan kusyen kecil yang sememangnya berwarni warni.. 

deco raya tahun ini akak cuba menghias  rumah akak..gaya ala ala country cottage gitu..
tapi berthemakan corak gingham. rasanya macam tak berapa nak menjadilah..hahah
takpe..pelan pelan belajar/buat sampai menjadi ehh..














ping