Showing posts with label spring blossom. Show all posts
Showing posts with label spring blossom. Show all posts

18 Jun 2015

spring blossom, wildflower dan country festival

Assalaam..
Entry cerita Corelle, CorningWare dan Pyrex lagi..
Biasanya bila kita seorang sahaja yang memiliki atau mengumpul sesuatu benda..kita rasa biasa-biasa sahaja dan menganggap itu adalah minat kita dan kita pun tidak mahu berkongsi cerita dengan siapa-siapa..
Semenjak menjoinkan diri ke dalam group peminat Corelle, CorningWare dan Pyrex keterujaan menambah koleksi  amat membuak-buak dan merasa seronok berkongsi cerita dengan rakan-rakan maya yang mempunyai minat yang sama..
..dan bukan berniat hendak menunjuk-nunjuk..
Baru- baru ini...taklah baru sangat..KY berjaya menambah koleksi Corelle,CorningWare  dan Pyrex lagi.
Pertamanya..KY telah membeli mangkok Pyrex hijau plain dari seller dimaya. Mangkok Pyrex ini boleh KY jadikan sebagai punch bowl, bergandingan pula dengan set cawan Corelle Spring Blossom Green. Muat-muat boleh gantung 6 biji cawan dan sudah tentulah boleh di hidang buat tetamu seramai 6 orang..


Kod 475B...2 1/2 qt

Melalui ebay KY membida.. dan berjaya menambah 2 buah mangkok comel ini. Pyrex
Spring Blossom Green tanpa penutup. Suka sangat rasanya  dapat memiliki mangkok pyrex idaman ini. Maka dengan ini lengkaplah sudah set pinggan mangkok pyrex dan corelle spring blossom green..

Kod 471B..500ml dan Kod 472B 750ml..

Melalui Esty pula KY berjaya mendapatkan 6 biji pinggan makan corelle corak Wildflower dan melalui Weshop.my KY dapat membeli sebiji CorningWare corak Wildflower. Tapi sayangnya KY merasa kurang berpuas hati kerana penutupnya telah sumpik sedikit dan nasib baik KY masih ada simpan penutup SOL yang badannya sudah hancur berderai. bolehlah KY mengantikannya dengan penutup tersebut..



  Melalui seller rakan maya juga KY berjaya mendapatkan 6 biji pinggan hidang corelle corak Wildflower bersama set cawan dan piring sekali. Jadi hampir lengkaplah koleksi set corak Wildflower KY..



hahaha...dek terpegun dengan keunikan teko-teko pyrex yang di kongsi olih rakan maya dalam group..KY pun terberkenan dengan teko Pyrex corak Country Festival ini. Cantik kelihatannya bila dipamerkan di atas rak yang dulunya di penuhi dengan barang hiasan english decor.KY dapatkannya di Esty juga..


rasa-rasa macam nak menanbah corak lain pula..

6 Feb 2015

pyrex spring blossom green


As salaam..
Alhamdhulillah.. dapat kita bertemu lagi di blog ini..
Semenjak KY join group fb PYREX COLLECTOR.. baru KY tahu di luar sana ramai peminat pyrex. Bila ramai yang berminat dan ramai hendak membeli..tentu juga ramai yang hendak menjual. bila permintaan melebihi penawaran..sudah tentulah harga pun meningkat dan
sudah tentulah juga harganya  lebih mahal dari harga asal. Maklumlah barang sudah menjadi antik dan agak susah untuk mendapatkanya di pasaran tempatan.
kebanyakan barang ini mudah didapati di luar nrgara..harganya pun agak mahal.
Namun harga yang ditawarkan disini masih mampu di beli olih mereka yang benar-benar ingin memilikinya..


koleksi pyrex KY, spring blossom green telah mendapat rakan baru di raknya...
KY menambah lagi 2 buah mangkok casserole bujur..tapi bunganya besar sedikit dari koleksi bunga yang sedia ada..
 casserole bujur ini datangnya dari rakan fb KY yang memang aktif menjual pinggan mangkok jenama pyrex.
mangkok casserole bujur crazy daisy, corak bunganya hampir sama dan agak besar sedikit.
tapi masih nampak cantik dan sepadan bila digandingkan bersama spring blossom green dan set pinggan corelle spring blossom green juga..


KY berhajat juga mencarikan pasangan dan anaknya mangkok casserole yg masih singgle di sebelah kanan tue..hihihi. nnti update...ada yang  terbaru

ping