Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

27 Jun 2014

Ikea Ada Sale..

As salam..
Semalam petang ke Ikea..kekonon mencari day curtain untuk raya. sayangnya tak banyak pilihan. Ikea kan tengah buat pengubah suaian perimisnya secara besaran. mungkin belum banyak barangan nya di bawa masuk..
akak terbeli pulak satu barang. ah! biasalah.. kalau ke Ikea.. semua barang yang nmpak berkenan n cantik terus beli. lain yang nak di beli lain pulak yang di rembat.. bila dah beli tak sesuai pulak, nasib baik boleh dipulangkan...huhu

awal pagi akak dah menapak ke Ikea, kalau boleh buka pintu terus masuk, nak cepat cepat buat urusan, ada banyak kerja lain nak di buat. Minggu tidak menjaga cucu ni akak bizi di luar rumah pulak, mengalahkan orang berkerja..hehe


tetiba rasa nak tukar baju baru pada kerusi ni. warna dah lah lusuh ke memang aku suka wana cengitu  bertambah usang dan lusuh di mamah hari, bulan dan tahun..
Dah di beli baru perasan warna hampir sama dengan yak lama. cuma cerah sikit jer..
akak suka fabric untuk sarung kusen kosong tanpa corak, kerana senang nak sesuaikan dengan kusen yang bermacam corak..tidak lah nampak serabut..

entah apa lah nak di buat dgn strow kaler2 ni.sbb murah akak beli. tapi..boleh juga guna bila buat besday cucu nanti..

sesuatu yang menarik akak jumpa. papan magnetik ada di jual di Ikea. pengemar koleksi fridge magnet mesti sukakannya. lepas ni tak payah nak susun fridge megnet kat peti ais. di katakan..fridge magnet yang di susun pada petiais boleh merosakkan makanan yang di simpan didalamnya...
saja akak display atas kabinet. tempat tetap untuk dia belum tahu nak gantung kat mana. dinding sempit dah..

 fridge megnet tu akak saja beli lebih semasa keMaldives tempohari..
kalau berkenan watsap lah akak. harga memang mahal sikit, tapi nak buat camne kalau nak berkenan.
harga dlm dollar..kalau nak dharap jer dgn RM semasa masa tu. harga jatuh pada RM19.00 satu.  akak tak ambil untung pun.. kos postage..paham sendiri udah ler..heheh




2 May 2014

ambillah saya satu jer..

Jom hilangkan kebosanan dengan membuat sesuatu yang menyeronokkan..
Agak bosan melihat pencungkil gigi didalam bekasnya..
Walau secantik mana pun bekasnya..ia tetap kelihatan suram dan muram dan mungkin ramai yang tak seronok untuk mengambilnya..
cuba kita buat sesuatu padanya..supaya ia kelihatan menarik dan seronok untuk mengambilnya...



Tidaklah susah sangat hendak membuatnya. Hanya perlukan sedikit masa dan kerajinan tanpa melibatkan sebarang kos..
Hanya memerlukan beberapa keping kertas warna, penebuk lubang, gam dan pencukil gigi.
Lekatkan gam pada hujung pencukil gigi..terus lekatkan pada kertas warna. Lekatkan dua lapis kertas supaya nmpk kemas..

Selamat mencuba..

25 Apr 2014

DIY untuk Majalah Dapur Impiana

Lama dah  akak tak menata rias rumah akk. 
Baru2 ini akak ada menerima panggilan talipon dari majalah Dapur Impiana. Mereka meminta izin untuk mengambil gambar di rumah akak dan meminta akak untuk membuat beberapa barangan kraftangan untuk mengisi ruangan DIY di Majalah Dapur Impiana.
pada mulanya rasa agak keberatan untuk menerima cadangan mereka, maklum akak ni tidaklah sekreatif mana pun..kalau ada idea pun kemampuan fizikal akak yang jadi penghalangnya..
Tapi..kalau yang senang2 tu bolehlah akak buat. Untuk tidak menghampakan
pihak Majalah Dapor Impiana akak buat beberapa barangan DIY untuk majalah mereka.

Untuk meraikan kehadiran tetamu.. akak hamparkan haruman campuran  daun pandan dan bunga rose. Campuran ini dapat menghasilkan aroma yang uniq sekali..

Pembalut botol

DIY dari barang terpakai..



Guest book untuk bakal tetamu semasa sambutan hari raya nanti..

ping