Showing posts with label antik. Show all posts
Showing posts with label antik. Show all posts

26 Feb 2015

Pyrex June Rose

As Salam.
 Hari  ini KY nak share tentang koleksi pinggan mangkok Pyrex June Rose.
Semenjak KY join group fb PYREX COLLECTOR..KY tahu sangat ramai peminat pyrex.
Bila dah ramai peminat.. pasti ramai yang berminat hendak membeli..tentu juga ramai yang hendak menjual..
Harganya tentulah lebih mahal dari harga asal. maklumlah barang sudah menjadi antik dan agak susah untuk mendapatkanya di pasaran tempatan..
namun harga yang ditawarkan masih mampu di beli olih mereka yang benar-benar ingin memilikinya..
Pyrex June Rose ini KY beli pada tahun 70an. Sangat popular pada masa tu. Boleh di katakan setiap rumah memilikinya. Ramai yang sanggup berhutang semata-mata kerana ingin memilikinya..
Tidak terkecuali KY..KY membelinya secara main kutu-kutu. contoh.. bulan ini beli mangkok..bulan depan belilah pinggan 2 biji dan seterusnya hingga cukup satu set. Tidak pula KY ingat tentang harganya.
 Inilah set pinggan yang di gunakan setiap kali menyambut hari raya. Selepas raya akan di simpan semula kedalam almari jadikan perhiasan saja..hehe

sudah lengkap set Pyrex June Rose KY..
 tapi nampak seperti ada kekurangan kan?
ya!..
set jug dan gelas tidak di pamerkan. masih berada di rumah lama. nanti KY updet ye..

KY ada lebih 1pc casserole bulat, 1ps pinggan 10 inc, 1pc pinggan 8 inc dan 2 pcs pinggan bujur.
sesiapa berminat nak menambah koleksi yang terkurang.. boleh hubungi kakyon 0122117464. 
semua dalam keadaan baik.



11 Sept 2014

Mangkok Pyrex Spring Blossom Green

Assalaam..
Bertemu semula kali ini dalam lebel koleksi sendiri :-)
Lama dah nak updet stori ni..
 tapi baru petang ini berkesempatan mengupdetnya..
kisahnya.. lama sangat akak mengidam hendakkan mangkok pyrex spring blossom ini untuk di padankan dengan koleksi pinggan corelle spring blossom juga..

rajin juga akak mengintip di alam maya dan juga mengintai di alam nyata,  kut2 ada lah sesiapa yang hendak meletgo mangkok2 tersebut, tapi nampaknya akak hampa..
sehinggalah pada satu hari akak terpandang rakan FB akak sedang mengiklankan mangkok pyrex spring blossom di wallnya.
malangnya..kecewa sungguh hati  akak, kerana terlambat sedikit..mangkok pyrex spring blossom yang akak idamkan telah di pinang orang terlebih dulu...huhu

tapikan kalau sudah jodoh dan ketentuannya..apa juga halangan yang mendatang..akan tetap bersama juga..hehe 
beberapa bulan selepas itu..sekali lagi rakan FB akak mengiklankan
mangkok pyrex spring blossom.
apa lagi..
akak menambah lagi 3 biji mangkok pyrex spring blossom..
tidaklah mampu untuk akak mendustai nikmat yang Allah berikan ini..
ada stori lagi di sini..





 koleksi yang akak ada. masih belum lengkap lagi.
koleksi ini sudah di kira antik..kerana akak mula membelinya di awal tahun 70an..



 ..mengidam untuk melengkapkan koleksi seperti dalam gambar yang akak cedok dari cik google ni..

kreatifnya minah saleh ni.tak ler termampu akak nak membuatnya..

16 Aug 2012

teko antik

Assalaam..
sementara menunggu pencinta corelle menepek gambar corelle seterusnya..saje aje akk nak menayang  teko antik akk yang tak seberaapa ni..
peminat PML semua dah tahu..bukanlah peminat PML namanya.. kalau  takde koleksi bunga kangkong nie kan?..

akk nak menambah lagi koleksi..nak mencari yang size besar sedikit dari yang size kecil sekali.ada sesiapa yang terlebih koleksi tu..bolehlah roger2 akk eah!

13 Jul 2012

Spring Blossom Green


Assalaam...
alhamdhulillah..bersyukur pada Allah..
akk nak buat en3 pasal PML ni. beberapa tahun dulu akk ni kira peminat PML. kalu sesiapa belum tahu apa itu PML..ia kata ringkas kepada PINGGAN MANGKOK  LAMA.ngee..ngee.ngeeh..
akk mengumpul dan kalau ada lebih dari kolaksi akk jual. sambutan mengalakkan juga. bila dah ramai peminat..barang pun jadi bertambah mahal..akk berhenti mengumpul.
baru2 ni..akk singgah di blog yang menjual pinggan mangkok lama. Akk terpandang mangkok yang dah lama akk cari.terus akk oder tanpa akk  perlu fikir2 lagi kerana nak menambah koleksi lagi..hihi
akk dah ada set pinggan mangkok corelle bunga Spring Blossom Green yang akk beli pada awal 70an. set pinggan akk ni akk beli dari sepupu akk yang belajar di UK. set cum aada *kalau tak silap akk..dah lupa* mengandungi 4 biji cawan serta piring, 4 biji pinggan makan, 4 biji mangkok cereal kecil dan sebijik mangkok sup besar. Akk dapat menambah koleksi lagi..bila akk pergi kelangkawi pada tahun 80an..dan ke Pengkalan Kubur pada tahun 90an. akk beli secara berdikit2..huhu..
sayangnya akk tak sempat nak mengumpul mangkok yang besar2..di sebabkan harganya yang mahal..dan akk tak mampu untuk membelinya sekali guss. bila dah ada kemampuan..barangannya pula dah takde jual di pasaran Malaysia..
akk sayang sangat set pinggan ni..sbb ada *sentimental value* kat situ..sampaikan kalu akk guna bila ada majlis tertentu..akk cepat2 basuh dan terus simpan..:) layan ekk gambar pinggan mangkok kesukaan akk nie!..
bukan saja boleh di guna..juga cantik sebagai hiasan dikabinet dapor..
 cantikkan kombanasi warna hijau dan putih..

ini dia set mangkok bunga  Spring Blossom Green.
mangkok ni dari jenama pyrex.
~ tadaaaa! sukanya kalau dapat cukupkan set dia. ada teko/jug..mangkok hidang lagi ~
jumpa lagi di lain kali..kisah pinggan mangkok lain pulak..hehehe

17 May 2009

Pinggan Lama

14 May 2009

Pinggan Lama

Pada mulanya..macam tak kisah sangat dengan set pinggan lama ni..Tapi selepas melihat blog kawan2 yang menayangkan pinggan mangkuk lama ni...baru teruja nak mengumpul.Baru perasan yang sememangnya cantik motif bunga bungaan jadi hiasan pada pinggan.























1 May 2009

Teko Lama










2 biji sahaja ~sold out~








2 biji sahaja..









ping