Showing posts with label shopping di Eroupe. Show all posts
Showing posts with label shopping di Eroupe. Show all posts

10 Apr 2015

Shopping FM di Eroupe

As salaam..
kemana pun kita pergi melancung *kepada yang berminat mengumpul Fridge magnet* pasti membeli sekeping dua fridge magnet sebagai ole-ole untuk diri sendiri atau pun buat rakan-rakan dan famili kan..
dan itulah juga barang yang di pesan kawan-kawan sebab senang di bawa dah tidaklah membebankan.
nak kirim belikan benda lain nanti bermasaalah pulak..maklum melibatkan kos dan handling. orang yang di kirimkan pun berat hati jer nak menerima apa yang nak di kirim..huhuhu

 



lepas belek-belek FM akak tu.. kalau ada yang terbekenan silalah pm ke.. wassap ke.. ke kakyon 0122117464. manalah tahu masa tanya tu..tetiba akak nak lepaskan FM tu.. :)


27 Feb 2015

Shopping di Europe

As Salam..
Saja nak bagi tajuk gempak sikit ;)
Selama ini KY berangan-angan bila melihat kawan-kawan yang melancung keluar negara terutamanya ke London. Tidak pernah pula terfikir KY akan dapat kesana dalam tempoh waktu terdekat ini. Bukan sahaja keLondon, package pelancungan yang KY pilih juga membawa KY ke Amsterdam dan Paris. Mungkin ada antara pengunjung blog KY ni dah biasa dengan negara tersebut, apa yang nak di herankan..tapi bagi KY itulah satu-satunya masa percutian yang sangat berharga dan bermakna
Apa pun semuanya perancangan Allah jua..Alhamdhulillah..
Apa yang menarik di sana?
lain orang lain ceritanya..
Di London toksah cakaplah..semuanya branded. Tak termampu weii !!
Setakat beli sebuah beg tangan yang murah-murah..boleh lagi. Lain-lain tu kena check poket dululah bang!!..huhu
Seronoknya diParis. Adalah juga barang-barang yang mampu dimiliki..hehe
Seronok ke factory outlet. Kebanyakkan barangannya hanya mampu di lihat saja..haha
KY kan suka dengan barang-barang deko..jadi KY nak share kat sini barang yang mampu di beli..bukan niat nak menunjuk ye..:)

  sebiji kusyen dan set of 3 tea towels dari M&S home

KY pun suka bentuk love. apa-apa yg berbentuk love pasti KY ingin memilikinya..

 Barangan kelengkapan dapur dari Cath Kidston. Sebenarnya di Malaysia pun ada jual semua benda-benda ini..tapi sajalah kan..nak buat ole-ole dari sana.. 

 
wangian mini kusyen

apron.warna biru nampak cantik..

set mandian..
dan sudah tentulah fridge magnet. nanti KY updet gambar Fridge magnet kemudian.
sekian untuk hari ini..baiiii

ping