As Salam..
Saja nak bagi tajuk gempak sikit ;)
Selama ini KY berangan-angan bila melihat kawan-kawan yang melancung keluar negara terutamanya ke London. Tidak pernah pula terfikir KY akan dapat kesana dalam tempoh waktu terdekat ini. Bukan sahaja keLondon, package pelancungan yang KY pilih juga membawa KY ke Amsterdam dan Paris. Mungkin ada antara pengunjung blog KY ni dah biasa dengan negara tersebut, apa yang nak di herankan..tapi bagi KY itulah satu-satunya masa percutian yang sangat berharga dan bermakna
Apa pun semuanya perancangan Allah jua..Alhamdhulillah..
Apa yang menarik di sana?
lain orang lain ceritanya..
Di London toksah cakaplah..semuanya branded. Tak termampu weii !!
Setakat beli sebuah beg tangan yang murah-murah..boleh lagi. Lain-lain tu kena check poket dululah bang!!..huhu
Seronoknya diParis. Adalah juga barang-barang yang mampu dimiliki..hehe
Seronok ke factory outlet. Kebanyakkan barangannya hanya mampu di lihat saja..haha
KY kan suka dengan barang-barang deko..jadi KY nak share kat sini barang yang mampu di beli..bukan niat nak menunjuk ye..:)
sebiji kusyen dan set of 3 tea towels dari M&S home
KY pun suka bentuk love. apa-apa yg berbentuk love pasti KY ingin memilikinya..
Barangan kelengkapan dapur dari Cath Kidston. Sebenarnya di Malaysia pun ada jual semua benda-benda ini..tapi sajalah kan..nak buat ole-ole dari sana..
wangian mini kusyen
apron.warna biru nampak cantik..
set mandian..
dan sudah tentulah fridge magnet. nanti KY updet gambar Fridge magnet kemudian.
sekian untuk hari ini..baiiii