Showing posts with label storimori. Show all posts
Showing posts with label storimori. Show all posts

8 Mar 2015

Shopping Pinggan Hiasan di Europe

As salam
Selain barang keperluan peribadi yang KY beli semasa bercuti ke Eroupe beberapa minggu lepas, KY juga menambah koleksi pinggan hiasan di rumah. dah namanya minat hiasan gaya Inggeriskan..tak sah kalau takde pinggan pinggan hiasankan..

Mehlah layan gambar-gambar pinggan hiasan KY..


Saja Kakyon beli extra satu yang kecil tu. kalau berminat bolehlah wassap kakyon  0122117464

Semasa di Paris tidak pula terjumpa pinggan hiasan dia..




 pinggan hiasan dari Istanbol dan pinggan hiasan dari Bali nak juga menumpang entry disini..hihhi
   



 Ashtray dari tin dan mini dulang milamine ni comel sangat. mini dulang tu..selain boleh buat menghidang minuman untuk seorang..sesuai juga di buat hiasan dinding. camna kakyon lekatkan di dinding tu?
sudah tentulah kakyon gunakan  blu tack!
berminat nak beli blu tack..wassap kakyon.. 0122117464




4 Mar 2015

Shopping Perfume di Europe

As Salam
Sambungan stori Shopping di Europe...
Orang kata kalau pergi Europe tak shopping perfume rasa tak lengkap..
untuk melengkapkan apa yang di katakan orang..KY teringin juga weii !!
happylah anak KY, kalau KY tak guna..anak yang akan guna..hehe


Selain packagingnya yang cantik..harumannya juga menarik perhatian KY..





Cik PURE POISON saja jer awak menepek kat sini ye..
 stori awak ada kat sini lah..

27 Feb 2015

Shopping di Europe

As Salam..
Saja nak bagi tajuk gempak sikit ;)
Selama ini KY berangan-angan bila melihat kawan-kawan yang melancung keluar negara terutamanya ke London. Tidak pernah pula terfikir KY akan dapat kesana dalam tempoh waktu terdekat ini. Bukan sahaja keLondon, package pelancungan yang KY pilih juga membawa KY ke Amsterdam dan Paris. Mungkin ada antara pengunjung blog KY ni dah biasa dengan negara tersebut, apa yang nak di herankan..tapi bagi KY itulah satu-satunya masa percutian yang sangat berharga dan bermakna
Apa pun semuanya perancangan Allah jua..Alhamdhulillah..
Apa yang menarik di sana?
lain orang lain ceritanya..
Di London toksah cakaplah..semuanya branded. Tak termampu weii !!
Setakat beli sebuah beg tangan yang murah-murah..boleh lagi. Lain-lain tu kena check poket dululah bang!!..huhu
Seronoknya diParis. Adalah juga barang-barang yang mampu dimiliki..hehe
Seronok ke factory outlet. Kebanyakkan barangannya hanya mampu di lihat saja..haha
KY kan suka dengan barang-barang deko..jadi KY nak share kat sini barang yang mampu di beli..bukan niat nak menunjuk ye..:)

  sebiji kusyen dan set of 3 tea towels dari M&S home

KY pun suka bentuk love. apa-apa yg berbentuk love pasti KY ingin memilikinya..

 Barangan kelengkapan dapur dari Cath Kidston. Sebenarnya di Malaysia pun ada jual semua benda-benda ini..tapi sajalah kan..nak buat ole-ole dari sana.. 

 
wangian mini kusyen

apron.warna biru nampak cantik..

set mandian..
dan sudah tentulah fridge magnet. nanti KY updet gambar Fridge magnet kemudian.
sekian untuk hari ini..baiiii

1 Aug 2011

salam ramadhan

Salam..
Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak buat semua mengunjung dan pembaca blog akk. Sempena menyambut bulan yang membawa seribu kebaikan ini, akk nak memohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan atau kata2 akk yang menyinggung perasaan tanpa akk sedari.Semuga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya dan kita di berikan kekuatan untuk melakukan ibadah puasa, terawikh dan ibadah lainnya dengan sempurna dan dapat menghapuskan dosa yang pernah kita dilakukan..amiinn..



Selamat Berpuasa semua...

24 Mar 2011

BE Nuffnang

Wahh..hati berbunga bunga..bila tengok iklan menari-nari kat blog akak ini. Bertambah lagi satu iklan.. alhamdhulillah.. Sekarang ni memang dah ada dua iklan dari Mas dan Celcom. Tambah lagi satu dari Volkswagen pulak. Terimakasih Nuffnang dan pengiklan yang memberi kepercayaan kepada blog akak untuk menempatkan iklan-iklan mereka.



Menyebut jenama kereta Volkswagen ni..terkenang akak pada kereta jenama ini.. yang kami beli pada sekitar tahun 1978. Tapi sayangnya tidak ada rakaman gambar utk dibuat kenangan. Kami mengunakan kereta ini sekitar 2-3 tahun saja. Masih ingat lagi no pendaftarannya..BAA 3085. Kami menjualnya selepas kami mampu untuk membeli kereta yang lebih selesa buat keluarga yang kian membesar.

Sekarang ini..kalau ada siapa yang memandu kereta jenama ini atau lalu saja kereta ini di hadapan kita..pasti akan tertoleh-toleh dan bertanya..siapakah pemandunya..hebat!!!..hehe



7 Dec 2010

Salam Ma'al Hijrah


Salam ma'al hijrah buat semua pengunjung..

20 Sept 2010

Hutang..

N3 kali ini..keluar dari tajuk.
Nak cerita pasal orang yang liat tak bayar hutang. Masa nak berhutang..lembut gigi dari lidah. Dah dapat..muka lebih tebal dari tembok tepi jalan..
Adalah sorang hamba Allah ni..duduk kat kawasan rumah loded kut..kat area Sunway/Sungai Way..amik barang..dah nak setahun..tak reti nak bayar. Dah sms banyak kali..tak reti nak balas. Bila sms kata... "kakyon nak dtg rmh "!!!!..sbb kakyon tahu alamat rmh...cepat2 dia jawab kata.." ini bukan N**..ni sepupu dia ". Bila tanya " n** mana "?  "Oh..hpon dia tinggal kat kampung ..ni sepupu dia...Nanti kita pesankan kat dia..suruh call akak ye... raya nanti dia balik kg baru nak ambik tpon dia ni ".Logikke? Tak kisahlah tu...
kalau kau rasa memang nak menipu...aku tunggu kau nanti di.....
Akak tengah tunggula nie..kut2 dia talipon...

14 May 2010

kedai dah buka semula..

Salam pagi jumaat yang membawa berkat.

Kedai maya kakyon sudah beroperasi seperti biasa mulai hari ini..
Kepada pengunjung/pelanggan yang menghubungi kakyon semasa kakyon berada di tanah suci Madinah/Mekah, minta maaf banyak2 kerana tidak dapat melayan panggilan atau sms anda semua.Yang menghubungi kakyon di rumah, anak kakyon telah menjawab semua pangilan dan membalas semua SMS.Jikalau ada salah silap, kakyon minta maaf bagi pihak anak kakyon.Terima kasih.

Jom tengok-tengok barang-barang yang ada di kedai kakyon ni. Kalau berkenan email ye..atau pu sms aje.. ; )

24 Oct 2009

follower yang ke seratus



Selamat malam kawan-kawan semua...
Hari yang kakyon tunggu-tunggu menerima kedatangan.. pengikut yang ke 100.Tahniah dan ribuan terimakasih..kakyon ucapkan kepada Norlezaarith yang sudi follow kakyon.Harap Norle tinggalkan jejak untuk kakyon hubungi ye.Kakyon ada menyediakan hadiah untuk Norle.Hadiah yang tak seberapa harganya..hanya untuk suka-suka.. tanda menghargai penglibatan Norle dalam memeriahkan ruang pengikut kakyon.

Kepada kawan-kawan yang lain..rajin-rajinlah singgah dan penglibatan kawan-kawan dalam mewarnai rumah maya kakyon ni..kakyon sangat-sangat menghargainya..

Tunggulah hadiah misteri pulak ye.

Terimakasih.

27 May 2009

Hai

Hari ini baru rasa lega..semua urusan dah selesai.Hujung minggu ni dah nak pergi bercuti.Lama tak melawat blog kawan kawan.Terasa rindu pulak.Mesti banyak n3 yang menarik boleh dibaca...

21 May 2009

akak cuti..

Salam semua adik2...kawan2...kakyon cuti beberapa hari ni..jumpa lagi nnti ye..kalau ada ape2 pertanyaan..pesanan..SMS kakyon ye...tq

5 May 2009

Diambil dari blog Dairi Idah@Wirdatul

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya:

Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang Meminta…
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf.

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga? Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna. Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab “aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yg sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”..

ping