Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

24 Mar 2011

BE Nuffnang

Wahh..hati berbunga bunga..bila tengok iklan menari-nari kat blog akak ini. Bertambah lagi satu iklan.. alhamdhulillah.. Sekarang ni memang dah ada dua iklan dari Mas dan Celcom. Tambah lagi satu dari Volkswagen pulak. Terimakasih Nuffnang dan pengiklan yang memberi kepercayaan kepada blog akak untuk menempatkan iklan-iklan mereka.



Menyebut jenama kereta Volkswagen ni..terkenang akak pada kereta jenama ini.. yang kami beli pada sekitar tahun 1978. Tapi sayangnya tidak ada rakaman gambar utk dibuat kenangan. Kami mengunakan kereta ini sekitar 2-3 tahun saja. Masih ingat lagi no pendaftarannya..BAA 3085. Kami menjualnya selepas kami mampu untuk membeli kereta yang lebih selesa buat keluarga yang kian membesar.

Sekarang ini..kalau ada siapa yang memandu kereta jenama ini atau lalu saja kereta ini di hadapan kita..pasti akan tertoleh-toleh dan bertanya..siapakah pemandunya..hebat!!!..hehe



9 Feb 2011

Tiket TGV Cenemas dari Nuffnang

Salam..
Semalam buka e-mail..nampak ada e-mail dari Nuffnang. Terus buka dan baca..waaaahhhh... Nuffnang nak bagi tiket free tengok wayang sempene hari jadi akak pada 10 feb ini. Memula baca macam tak percaya aje..maklumlah email tu dalam bahasa Inggeris.. kut-kut lah akak ni tersalah translate ke..nanti  lain yang di baca..lain pulak yang akak faham..hehehe..


Petang tadi..bila Oya balik dari office..akak suruh dia baca balik email tu.. Haah..betul laa! kata Oya. Yahooo! sukanya akak hingga tak terkata. Tak sangka pula Nuffnang sudi menghadiahkan akak tiket wayang percuma di TGV Cinemas pada hari jadi akak. Kiranya ini birthday surprise..hadiah pertama yang akak terima pada hari jadi akak tahun ini. Bukan satu keping tiket tau! tapi.. 4 keping!! yahooo! banyak ni..nak ajak sape ekk?

Hari Jumaat ni..akak nak melancong ke Puket..balik pada hari Isnin. Sempat lagi nak ambil tiket sebelum 28hb Feb ni. Terima kasih banyak pada team Nuffnang.. akak sayang uoll..kerana beri perhatian dan peluang pada blog akak yang tak seberapa ini . Terimakasih.

21 Nov 2010

Nuffnang ku sayang..

Setiap kali bukak blog..hati pasti gumbira melihat buah hati kakyon masih tergedik kat situ. Mr Nuffnang kakyon masih setia tergedik-gedik menari..menyerikan blog kakyon nie. Taklama lagi kakyon dapatlah hasil pertama dari mr Nuffnang. Walaupun tak seberapa..tapi bersyukurlah dengan apa yang ada ini.Kalau nak ikutkan, hasil kedua dah boleh klem dah..tapi saja kakyon nak kumpul banyak sikit...baru bes nak tunjuk nanti..
Apa pun kakyon ucapkan berbanyak terimakasih kepada pengiklan dan Mr Nuffnang yang sayangkan kakyon..hihihi..perasan nie..
Kalau ada barangan lain yang nak diiklankan..silakanlah ye.
Kakyon setia bersama mu Mr Nuffnang..

29 Aug 2010

Merdeka dan Nuffnang

Salam ramadhan dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 53 tahun.
Berbanggalah dengan apa yang kita ada dan nikmatilah apa erti KEMERDEKAAN.

Semuga teman-teman sihat semuanya..

Nak iklan jap!!
Nak mula cerita dari part mana pun tak reti.. apa yang kakyon nak share kat sini ialah cerita  pasal nuffnang.
Baru-baru  nie..kakyon pun dapat juga paparan iklan dari Nuffnag. Dok baca n3 bloger lain pasal diaorang dapat paparan iklan tu.. terasa pulak nak n3 pasal iklan Nuffnang nie..
Terimakasih kepada Nufnang yang memilih blog kakyon untuk memaparkan iklan-iklan mereka. Sekali dapat iklan banyak juga..sbb kakyon nie baru saja aktive. Terimakasih sekali lagi kepada Nuffnang dan Advertiser yang memberi peluang kepada kakyon untuk aktif berblog dan akan cuba meningkatkan lagi kualiti isi blog kakyon.

nak belajar copypaste/print ctrl ini pun makan berhari2 baru jadi..makcik baru balajar nie..;-)




ping