14 Jul 2015

hias rumah nak sambut raya

As salaam..
Hanya tinggal beberapa hari lagi nak raya...
 Di jangkakan hari raya tahun ini akan jatuh pada hari jumaat..
Seperti biasa waktu2 begini memang bersemangat dok hias rumah nak sambut raya. Sewaktu  menyambut Ramadhan, bersemangat nak lebihkan beribadat dari bulan2 biasa, begitu juga bila menyambut Syawal, bersemangat menghias dan mencantikkan rumah yang akan menerima kedatangan tetamu. haa.. berhias..berhias juga..tapi janganlah sampai bila tetamu datang mereka merasa tidak selesa pula kerana rumah kita sarat dengan hiasan dan mereka tak rasa selesa nak duduk..terutama yang ada anak2 kecil..
Sesiapa yang minat mendeko rumah tak kiralah apa style sekalipun..samaada english deco..modern style atau tradisional tetap ingin menukar sesuatu yang baru dalam hiasan rumah mereka. samada barangan itu kecil atau besar..murah atau mahal..terpulang kepada kemampuan masing2. Cuma kenalah beringat..umpama mengukur baju di badan sendirikan..

 Tidak terkecuali ky..sewaktu mengemas rumah lama untuk di jadikan homestay..banyak barang2 yang belum di ambil sewaktu berpindah dulu. bila ky bawa balik ke rumah tiada tempat pula. jadi ky ke Ikea untuk membeli 3 buah rak buku yang berharga RM99 sahaja sebuah.memang ky mencari yang murah mengikut kesesuaian di mana hendak di letakkan rak itu. ky meletakkan diruangan makan kecil dalam dapur basah supaya ky senang nak mengunakan setiap barangan keperluan semasa. selalu segalanika barangan kecik ky masukan dalam kabinet. bila perlukan dia agak susah nak mencari. bila di letakkan diatas rak yang terbuka ini.. bertambah mudahlah kerja2 ky. inilah cara ky hias rumah nak sambut raya..

memandangkan ahli keluarga pun tak ramai..rak2 ini memang sesuai untuk kegunaan di dapur rumah ky. barangan yang ky guna pun kecil2 saja..

asalnya bilik ini bilik serbaguna..senang cakap bilik orang gajiler. tapi ky ni mana ada orang gaji..semuanya buat sendiri.. sejak dulu kini dan selamanya mungkin..hehehe,
jadi ky ubah suai menjadi bilik makan kecil bersambung dengan dapur basah.walaupun kecil tapi selesa duduk lepak2 disini sambil ngeteh atau makan2..

Disebelah tepi kiri asalnya tingkap..ky dah jadikan sliding door untuk keluar ketaman. kat area ini banyak angin..sejuk saja suasananya..tambahan pula ky letakkan pergola di hadapan pintu dan pokok bunga kerak nasi menjalar keatasnya. bila musim berbunga lebat..harumannya masuk sampai kedalam rumah. tapi musim panas ini ky tiada masa hendak berkemas di halamam dan halaman terbiar dan banyak pokok2 yang mati..
ada masa nanti sambung cerita lagi..


 

5 comments:

  1. OKje suka gak mendeko rumah ni KY.... tp tulah masalahnya ...... barang lama yg jarang pakai, nak buang sayang camne tu......Dan lagi rumah ni sekangkang kera je....hihi....
    Betul tu KY...barang tu kalau kita simpan susah pulak nak gunakan....kalau letak depan mata senang, capai je

    ReplyDelete
  2. barang lama yang tak pakai jual semula OKje..nasib baik ada jer orng nak beli. simpan banyak pun jadi semak kan..
    kalau kena gaya yng sekangkang kera bole nmpk lagi bergaya..hihi

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  5. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete

ping