2 Mar 2016

spring blossom green lime dan spring blossom green avacado

Assalaam..

Buat sementara waktu ini ky berhenti seketika dari mengumpul mangkok-mangkok pyrex. Sudah tidak boleh fokus kepada corak yang mana yang betul-betul ky berkenan. Semuanya nampak cantik di mata ini...
 Tapi nampak gayanya ky lebih berkenan kepada corak spring blossom..samaada green lime  atau pun green avacado..

nak share koleksi pyrex yang ada..

 pelbagai corak bunga casserole 1.5 ltr ini.. bila di susun memang nampak cantik.

tengah mencari mangkok spring blossom green lime 2.0 ltr. tidak pasti pula mangkok spring blossom green lime cinderella tu ada penutup ke tidak. semasa dibeli tidak berpenutup. ky pinjamkan penutup mangkok 2.0 ltr..

 Alhamdhulillah..lama kelamaan lengkap sudah set spring blossom green avacado..

 Sudah jadi caca marba.. tengah dok fikir-fikir rasanya macam nak letgo sebahagiannya..tapi terasa sayang pulak....haha

14 Jul 2015

hias rumah nak sambut raya

As salaam..
Hanya tinggal beberapa hari lagi nak raya...
 Di jangkakan hari raya tahun ini akan jatuh pada hari jumaat..
Seperti biasa waktu2 begini memang bersemangat dok hias rumah nak sambut raya. Sewaktu  menyambut Ramadhan, bersemangat nak lebihkan beribadat dari bulan2 biasa, begitu juga bila menyambut Syawal, bersemangat menghias dan mencantikkan rumah yang akan menerima kedatangan tetamu. haa.. berhias..berhias juga..tapi janganlah sampai bila tetamu datang mereka merasa tidak selesa pula kerana rumah kita sarat dengan hiasan dan mereka tak rasa selesa nak duduk..terutama yang ada anak2 kecil..
Sesiapa yang minat mendeko rumah tak kiralah apa style sekalipun..samaada english deco..modern style atau tradisional tetap ingin menukar sesuatu yang baru dalam hiasan rumah mereka. samada barangan itu kecil atau besar..murah atau mahal..terpulang kepada kemampuan masing2. Cuma kenalah beringat..umpama mengukur baju di badan sendirikan..

 Tidak terkecuali ky..sewaktu mengemas rumah lama untuk di jadikan homestay..banyak barang2 yang belum di ambil sewaktu berpindah dulu. bila ky bawa balik ke rumah tiada tempat pula. jadi ky ke Ikea untuk membeli 3 buah rak buku yang berharga RM99 sahaja sebuah.memang ky mencari yang murah mengikut kesesuaian di mana hendak di letakkan rak itu. ky meletakkan diruangan makan kecil dalam dapur basah supaya ky senang nak mengunakan setiap barangan keperluan semasa. selalu segalanika barangan kecik ky masukan dalam kabinet. bila perlukan dia agak susah nak mencari. bila di letakkan diatas rak yang terbuka ini.. bertambah mudahlah kerja2 ky. inilah cara ky hias rumah nak sambut raya..

memandangkan ahli keluarga pun tak ramai..rak2 ini memang sesuai untuk kegunaan di dapur rumah ky. barangan yang ky guna pun kecil2 saja..

asalnya bilik ini bilik serbaguna..senang cakap bilik orang gajiler. tapi ky ni mana ada orang gaji..semuanya buat sendiri.. sejak dulu kini dan selamanya mungkin..hehehe,
jadi ky ubah suai menjadi bilik makan kecil bersambung dengan dapur basah.walaupun kecil tapi selesa duduk lepak2 disini sambil ngeteh atau makan2..

Disebelah tepi kiri asalnya tingkap..ky dah jadikan sliding door untuk keluar ketaman. kat area ini banyak angin..sejuk saja suasananya..tambahan pula ky letakkan pergola di hadapan pintu dan pokok bunga kerak nasi menjalar keatasnya. bila musim berbunga lebat..harumannya masuk sampai kedalam rumah. tapi musim panas ini ky tiada masa hendak berkemas di halamam dan halaman terbiar dan banyak pokok2 yang mati..
ada masa nanti sambung cerita lagi..


 

8 Jul 2015

corelle snapeware

As salaam..
Sekarang nie mengiller kumpul Corelle Snapeware pulak. Bila nampak atas rak kat kedai pinggan mangkok diLangkawi semasa bercuti tempoh hari..tanpa berlengah untuk berfikir lagi terus ky merembat beberapa biji..hihi
Tapi bukan semua corak ada. Yang ada cume corak Plum, Provence Garden dan Country Rose.
Apa istimewanya Corelle Snapeware ni? Untuk menghidang.. memang  ringan dan senang nak handdle berbanding  Corningware. Nak simpan makanan yang bergoreng garing pun mudah sebab penutupnya kedap udara. Menghidang makanan basah pun mudah..selepas tak habis makan tutupkan saja dan boleh terus simpan dalam peti sejuk..

Ini yang sempat ky rembat..kalau tidak kerana nak membawanya susah..sbb banyak barang lain yang nak di bawa..pasti ky beli lebih sikit..mana tahu kalau ada kawan2 yang teringin kan..harga pun murahlah sikit...;)
corelle snapeware ni juga akan dijadikan bekas menghidang kueh raya.
kiranya dia boleh jadikan bekas serba guna..

Melalui seller Cik Corelle ky dapat beli corelle snapeware corak Floral Coronet. Cantik tau corak ini..nampak soft and sweet jer.Tapi corak  ini bukan untuk Asian..jadi di Langkawi sudah tentu takde jual..huhu




ping