23 Aug 2025

corelle buah plum

Assalaam..
Kakyon rasa nak berblog semula 
 
 


 

Kakyon kembali berblog

 Assalamualaikum bloggers

Lama dah tinggalkan blog. Tiba tiba rasa mcm nak berblog semula. Beberapa tahun mengisi masa dgn ber fb, insta, tt n segala stori mori tiada satu pun yg boleh dijadikan kenangan untuk dibaca semula bila rindu pada sesuatu yang dulu kita pernah ada.

14 Apr 2016

perkampungan fridge magnets, ole-ole dari Italy

Assalaam..
Perkampungan fridge magnet akak bertambah padat dan sesak..
Nampak gayanya kenalah membuat perubahan sedikit bagi mengatasi kesesakan tersebut.
nampak macam tidak teratur..hilang segala keunikan reka bentuk FM bila di letakkan berdekatan antara satu sama lain. jika di letakkan jauh sedikit jaraknya..pasti akan nampak keunikan reka bentuknya pada setiap FM tersebut..
kena adakan masa untuk merombak semula kedudukannya..huhu


 ole-ole terbaharu pemberian dari adik mayaku.. Cik Jari Manis,
fridge magnet dari Korea. Nak tahun siapa Cik Jari Manis tu ..jom kita berkunjung ke Blog beliau..


Semasa pergi melancong ke Italy Mac lepas..tidak banyak ole-ole yang akak beli. sekadar membeli untuk keperluan sendiri. dengan pertukaran RM ke Euro yang sangat tinggi..segala niat dan hajat terpaksa di abaikan..hehee

sesuatu yang tak boleh tidak..mesti nak beli bila berkunjung ke luar negara..

ole-ole untuk dapur comelku..dan untuk baby Aira.. cucu ke10..

 satu satunya fridge magnet yang akak bawa balik. ada lagi ole-ole yang akak beli..tapi sudah terhilang di mana letaknya tidaklah pasti...bila sedar ianya sudah tiada..huhu



  menambah koleksi doily dan apa nama ne?..akak namakan jer pemegang periuk panas..untuk yons home decor ku..
ini sahaja..sekian :)


ping