2 Nov 2010

bukan sekadar hiasan part 3

Ala comeynya idea Oya buat bunga dada ni. Kenapa di panggil bunga dada dan apa pungsinya ekk ?



Hanya penganjur majlis sahaja yang tahu apa pungsi sebenar bunga dada ni. Kalau majlis meraikan kehadiran orang kenamaam atau yang sewaktu dengannya..bunga ini di buat  mengikut kedudukan dan pangkat. Kalau besar pangkat tetamu tersebut, maka besarlah bunga dadanya..di ikuti dengan bunga-bunga yang sederhana, kecil dan  lebih kecil, yang menunjukan mereka-mereka itu adalah ahli jawatan kuasa mengikut kedudukan masing2. Jadi tidaklah susah untuk mencari AJK sekiranya ada masaalah berbangkit.

Kalau majlis perkahwinan pulak, kebiasaannya bunga dada disertakan dengan RM. Tak kiralah..serendah RM1 hingga RM50. Ikut kemampuan tuan rumah dan ia lebih kepada konsep upah sedekah. Kebiasaannya orang-orang yang memakai bunga dada ini terdiri dari ahli keluarga tuan rumah sendiri atau kata lain orang yang boleh mewakili tuan rumah. Kebanyakan yang pakai kan budak2 penanggah ? Ye! budak2 penanggah kan mewakili tuan rumah! kalau airbasuh tangan ke..air minumke..nasikke habis, tak kan nak mintak dengan tuan rumah..kan ke kita mintak dengan budak2 penanggah!..heheheh

3 comments:

  1. nak bunga dada boleh?? hehe ..

    ReplyDelete
  2. untuk ella satu!..yea..hehe

    ReplyDelete
  3. bunga dada?hehe..pelik tapi menarik..1st time dgr ;)

    ReplyDelete

ping