As salam..
KY sedang mengumpul bekas salt & peper yang comel-comel nie. Baru ada beberapa bekas saja yang KY letakkan diatas microwave buat pameran. KY sukakanya kerana ada unsur humor dan kasih sayang pada reka bentuknya..
terbaru KY beli bekas salt & peper ni di Turkey semasa bercuti disana baru-baru ini..
koleksi terbaru..
yang ini berzaman dah..
...sayangi AKU..hehe
...rose..oh rose..
..domoknya kamu..hihi
..yang ini sebenarnya ada dua biji telor. ada kisah disebalik telor tu kenapa tinggal sebiji..hihi
kisahnya..kawasan perumah KY ni ada banyak monyet berkeliaran. selalu merayau keliling kawasan perumahan mencari makanan. kekadang masuk rumah mencuri roti, buah dan apa saja yang boleh di makan. suatu hari KY terlupa nak tutup pintu belakang. tetiba KY terdengar bunyi benda terhempas. bila KY pandang ternampak monyet tu mengamok kerana tiada makanan yang boleh dimakan..lalu diambilnya dua-dua bekas salt & peper yang disangka telor.. bila dia rasa tertipu, lalu di hempasnya telor yang sebiji ..sib baik tak di hempasnya yang lagi sebiji tu..huhu
No comments:
Post a Comment